Saturday 17 December 2011

Program Pautan Kasih-Spread,Share love- oleh pelajar Universiti Malaysia Pahang(UMP)

Tanggal 20hb November 2011 lalu, pihak kami telah menerima rombongan seramai 12 oarang daripada Universiti Malaysia Pahang(UMP). Rombongan tersebut turut dihadiri Puan Anita binti Abdul Rani selaku Pensyarah subjek TITAS.Program tersebut diketuai oleh Sdr Hor Kam Mun.Rombongan tersebut telah memberikan sumbangan berbentuk bahan bacaan kepada semua penghuni anak-anak yatim yang mengikuti program ini. Mereka juga berbesar hati untuk beramah mesra dengan anak-anak-anak yatim Permata Al- Insyirah dengan mengadakan acara sukaneka dan bergotong-royong membersihkan kawasan rumah kami secara beramai-ramai.Selain itu,mereka juga mengadakan sesi ceramah tentang kepentingan membaca’Satu Hari,Satu Buku’ kepada anak –anak yatim.Kami berasa amat berbesar hati dengan kunjungan tesebut.Harap-harap banyak lagi pihak yang sudi mengadakan aktiviti sebegini di tempat kami.







   Ceramah tentang kepentingan membaca 'Satu hari,Satu Buku'






 
Acara Sukaneka






Sesi Memasak Bersama-sama





                                                      Sesi Gotong-royong




                        Sesi Bergambar sebelum pelajar-pelajar berangkat pulang












No comments:

Post a Comment